TESTIMONI PELANGGAN

Sebagai seorang yang menawarkan servis untuk pelanggan, kami betul-betul seronok sekiranya khidmat yang diberikan dapat membantu memberi kelegaan buat pelanggan.

Terbaru, kami bukan sahaja gembira malah bersyukur kerana rawatan yang diberi ke atas seorang pesakit yang tidak boleh bergerak telah menampakkan hasil.

Pesakit ini telah dibawa ke Pusat Rawatan Alhikmah oleh anak-anaknya. Disebabkan dia tidak boleh bergerak, apatah lagi berjalan, dia terpaksa dipapah naik ke pusat rawatan kami.

Selepas beberapa kali membuat rawatan, anak kepada pesakit telah menghantar mesej video kepada kami. Dalam video itu menunjukkan pesakit boleh bangun sendiri dari baringnya dan boleh mengangkat punggungnya. 

Sebelum ini, pesakit memang memerlukan bantuan untuk bangkit dari baringnya dan terpaksa dipapah untuk ke bilik air.

Alhamdulillah, kami benar-benar bersyukur dengan perubahan ini dan berharap agar keadaan pesakit akan menjadi lebih baik pada masa akan datang.

HUBUNGI KAMI

019-3280707 (HOTLINE)

Nak Whatsapp dulu? Klik sini >>>> www.wasap.my/60193280707

Pusat Perubatan Tradisional Al-Hikmah
No. 23, Tingkat 1, Jalan Kampung Pandan, Kampung Pandan, 55100 Kuala Lumpur.
(Berdekatan Sek. Men. Aminuddin Baki & Kelab Belia dan Sukan Kg Pandan. Bersebelahan Stesen Minyak Petronas)

“SILA BUAT TEMUJANJI SEBELUM DATANG”